Pelakon sensasi, Fathia Latiff mendedahkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon demi meluangkan masa untuk diri sendiri.

Sedang berehat panjang selepas lebih setahun tidak berlakon, Fathia memberitahu dia kini lebih tenang dan sedang mencari diri sebenarnya.

"It's me time! Kalau dulu masa usia muda saya terlampau sibuk sampai tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

"Jadi, sekaranglah waktu paling sesuai untuk saya berehat, fokus dan mencari semula diri Fathia Latiff yang hilang.

"Inilah makna kebahagiaan yang saya cari dan fikiran pun tak serabut. Ya, saya gembira dengan hidup sekarang," katanya kepada Gempak.

Fathia ditemui pada majlis pelancaran koleksi eksklusif kolaborasi pereka fesyen tempatan Rico Rinaldi dan Starbucks Malaysia semalam bagaimanapun bakal kembali berlakon bersama Syafiq Kyle dalam naskhah arahan Erma Fatima pada September nanti.

Penggambaran telefilem itu bakal dijalankan di New York, Amerika Syarikat.