Gelagat pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai ternyata membuatkan netizen terhibur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi video semasa anak-anaknya di jemput oleh Jejai untuk menyambut Aidil Adha bersama-sama.

"Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single and available, kesian dudaku.

"Kriteria yang diperlukan, adalah perempuan yang sama macam ibu. Wanita yang berkerjaya, independent dan sedap mata memandang. Sebab dia sejenis very fussy.

"Tahun ni Aidiladha dada nak ambik anak, ibu mengalah. Please take care of my babies ok. 3 days without my babies sama dengan 3 tahun. I'll call them every two hours ok.

"Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua followersku. Maaf Zahir dan Batin (walaupun bukan raya Puasa tak salah mintak maaf) Thank You for loving me," tulisnya.

Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single and available , kesian dudaku...?kriteria yang diperlukan, adalah perempuan yang sama macam ibu. Wanita yang berkerjaya , independent dan sedap mata memandang ?Sbb dia sejenis very fussy. ?? . Tahun ni Aidiladha dada nak ambik anak, ibu mengalah... ? Pls take care of my babies ok ... 3 days without my babies sama dengan 3 tahun. Ill call them every two hours ok Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua followersku. maaf zahir dan Batin (walaupun bukan raya Puasa tak salah mintak maaf) Thank You for loving me. @wlfs4eva @wlfs4eva #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Rata-rata mengakui terhibur dengan gaya bersahaja yang ditunjukkan oleh Fasha dan Jejai.

Malah ada yang memuji tindakan mereka berdua dalam membahagikan masa untuk menjaga anak-anak walaupun sudah tidak bergelar sebagai suami isteri.