Pasangan Syatila Melvin dan Shaheizy Sam selalu menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang anak yang comel, Syeriv.

Namun baru-baru ini, pasangan itu sekali jadi perhatian apabila Sam dalam akaun Instagram (IG) telah memberi ‘hint’ mahu dikurniakan anak 10.

“Melayan kerenah yang seorang ni pun dah huru hara, macam mana nak melayan yang bakal 10 orang lagi?,” tulisnya.

Kapsyen tersebut mendapat perhatian Syatila yang muncul memberi komen membalas permintaan Sam.

“Wife awak beranak ikut pusat ker sampai nak 10 orang?,” balas Syatila

Gelagat pasangan ini mencuit hati peminat mereka yang rata-rata merasakan ia sangat lucu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Melayan kerenah yg seorg ni pun dah huru-hara, macamana nak melayan yg bakal 10 org lagi? ?

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Foto: IG Shaheizy Sam