"Learning To Walk Away is Hard, But Staying to Suffer is Harder" - Peminat Kaitkan Foto Terbaru Sufian Suhaimi Dengan Gambar Elfira Loy

Hiburan

Foto terbaru yang dimuat naik oleh penyanyi Sufian Suhaimi di laman Instagram miliknya turut mendapat perhatian netizen.

Berkongsi foto dirinya sedang berjalan bersama kapsyen "learning to walk away is hard, but staying to suffer is harder", peminat mula mengaitkan gambar terbabit dengan entri terbaru laman Instagram milik bekas tunang Sufian, pelakon Elfira Loy.
 
 

Learning to walk away is hard, but staying to suffer is harder.

A post shared by Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) on


BACA: Netizen Spekulasi Elfira Loy Ada BF Baru... Ye Ke?

Peminat mula berspekulasi Elfira telah bertemu cinta baru selepas aktres itu memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka.

Selepas Sufian memuat naik foto dengan kapsyen sedemikian, peminat mula meninggalkan kata-kata berunsurkan sedih di ruangan komen.

Tidak membiarkan peminat berspekulasi dan mengaitkan kapsyen gambar Sufian dengan foto yang dimuat naik Elfira, pelantun lagu Di Matamu itu memperjelaskan keadaan.



"Apasal semua sedih ni? It's just a quote sebab nak match dengan gambar tengah jalan," kata Sufian.

Sebelum ini, Sufian dan Elfira hangat menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih sehingga mengikat tali pertunangan tetapi kisah cinta mereka berakhir pada Februari lalu.

Artikel Berkaitan