"Awak Nak Kaki Kan Saya? Jom Jumpa Saya Esok" - Fasha Sandha Naik Hantu

Hiburan

Pelakon cantik, Fasha Sandha berang dengan komen seorang pengguna laman Instagram yang mengeji cara pemakaiannya.
 
 

I am Flawsome. I embrace my flaws. 😋

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Pengguna tersebut meninggalkan komen negatif mempertikaikan mengenai tindakan Fasha menutup ruangan komen serta mendakwa Fasha kelihatan buruk apabila memakai baju paras dada.

Merasakan dirinya dibuli, Fasha bertindak memberikan 'pengajaran' terhadap individu tersebut menerusi sebuah entri.
 
 

Macam ni ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab, juga seorang mak yang dah ada anak? Saya tau saya buruk. Sbb tu saya kata i embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok? Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni? Awak nakkan perhatian kan? Saya bagi perhatian pada awak now ya wahai saudara islamku. Awak nak kaki kan saya ? Jom jumpa saya esok? Saya letak muka saya kat kaki awak, sila buat kalau berani. Awak tu ada anak2, awak belum tau apa akan jadi pada anak2 awak. Saya ni sebenarnya takde masa untuk haters, tapi sbb kakak ni mmg nakkan perhatian, nak kaki kan saya, lets meet up. Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab, kata2 tidak seperti penampilan. Apapun , terima kasih ya Kakak. All the best to you ✌️ Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak off comment ke nak bukak komen ke nak buat apapun, u tak payah sibuk. Pegi jaga laki dan anak2 awak. Saya takut anak2 dan keluarga u MALU dengan kata2 awak ni wahai Monaliza Razali Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nakkan perhatian, i bagi promosi percuma pada U ya kak. Biar followers u bertambah 😊 Ini insta ikhlas dari saya. Saya tengah cuti ni, saya ni jarang ada hari cuti. Saya ada banyak masa hari ni. Oh ya, Sesiapa yang mengenali wanita berhijab muslimah sejati ni atau suami dia atau keluarga dia, tolong kirim salam. Terima kasih 😊 Ingat ya... jangan ingat kami ni artis, kami tak berhak nak bersuara 😊 berhenti MEMBULI ARTIS k.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Ruangan komen entri tersebut dibanjiri lebih 7,000 komen yang memberi pelbagai respon mengenai isu yang dibangkitkan Fasha.





Namun begitu, tetap ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan Fasha.

Ada juga netizen menyokong tindakan Fasha dan berharap agar teguran diberikan secara baik, bukannya dengan menghina.

Artikel Berkaitan