Kenapa Anda Harus Menonton Attack on Titan?

Hiburan
Kenapa Anda Harus Menonton Attack on Titan?
Bagi peminat siri anime, pastinya anda sudah tahu mengenai Attack on Titan yang sudah bersiaran selama dua musim.

Terbaru, Attack on Titan kembali menghangatkan hari anda dan sudah memasuki musim terbaru iaitu musim ketiga!

Bagi anda yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dengan dunia anime, anda harus menonton Attack on Titan!

1. Jalan cerita menarik.
Attack on Titan menjanjikan anda jalan cerita terbaik untuk kepuasan penonton. Bukan sahaja sarat aksi, Attack on Titan juga menyajikan plot terbaik dalam menjalinkan setiap babak!

2. Aksi animasi terbaik
Lukisan serta imej animasi janaan komputer yang digunakan dalam siri Attack on Titan ini sememangnya terbaik. Penggunaan warna terang yang sesuai, terperinci serta sudut kamera terbaik ketika babak aksi bakal membuatkan anda tertarik.

3. Soundtrack yang mengasyikkan!
Jalan cerita menarik harus dipadankan degan skor muzik yang baik. Menerusi Attack on Titan, khidmat komposer tersohor yang pernah memenangi anugerah, Hiroyuki Sawano digunakan untuk menghiasi muzik siri Attack on Titan.

Attack on Titan musim ketiga kini sedang bersiaran setiap Isnin, 6 petang di saluran ANIPLUS Asia dan anda boleh menontonnya di Astro Go!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri pertama dan kedua Attack on Titan di on demand.

Artikel Berkaitan