Penyanyi Linda Rafar memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya, Rasimah Abdul Rahman yang tidak sedarkan diri akibat masalah kesihatan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Linda berkongsi gambar bersama ibu dan menulis luahan yang membuatkan ramai peminatnya sebak.

"Mak, bangunlah mak, sila kuat dan lawan. Mak kan kuat macam Linda. Mak sejak mak sakit dan tak sedar, Linda lost mak, hilang rasa segalanya.

"Selalu mak akan call pagi, malam, sekarang dah tak ada. Sembuhkanlah mak aku, nak spent time dengan dia buat kali terakhir," tulisnya.

Allahuakbar..Ampunkan dosa ibu ku dan sembuhkan la penyakitnya..Rasimah binti abdul rahman..??? #prayforCiknon

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on


Rata-rata mengakui tersentuh dengan status yang dimuat naik oleh Linda.

"@lovelyandadorable: Ya Allah kau Maha mendengar setiap doa mereka ini. Kau makbulkan permintaan mereka. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga ibu Linda kembali sihat."

"@sabrinarosekembang: Semoga emak Kak @lindarafar sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Syafakillah buat mak Linda."

"@zallietuchek: Doakan kami beserta kamu sekeluarga supaya ibumu akan pulih seperti sediakala. Harap Linda bertabah menempuh segala dugaan ini."

"@faizerinorhidayusaharudin: Saya doakan mak Linda cepat sembuh. Cepat sedar. Saya juga rapat dengan arwah mak. Saya faham macam mana perasaan Linda sekarang."

Selain itu, netizen berharap agar ibu Linda segera sedar serta sembuh daripada penyakit yang dialami.