Bertemakan "Cover Sama Sama Up", konsert Big Stage minggu ketiga yang ditajakan khas oleh Vivo telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.
Setiap perserta telah membuat persembahan duet dengan artis jemputan yang terdiri daripada Haqiem Rusly, Indah Ruhaila, Ayda Jebat, Shiha Zikir, Wany Hasrita, Zizi Kirana, Hael Husaini, Ismail Izzani dan Ara Johari.
Mark Adam diundang selaku juri jemputan untuk digandingkan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh para juri beserta komen-komen yang telah diberikan :
Sarah Suhairi - You Are The Reason (duet bersama Haqiem Rusli)
"Tahniah! Saya suka persembahan ini, ianya sangat kreatif dan dan satu kombinasi duet yang baik" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Shafiq Farhain - Laksamana Raja Di Laut (duet bersama Shiha Zikir)
"Satu persembahan yang baik! Saya rasa tak puas tengok persembahan kamu malam ini, dan saya rasa teringin untuk berduet dengan kamu!" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Ariff Bahran - Marry You (duet bersama Ayda Jebat)
"Tiada kesalahan besar yang kamu lakukan, persembahan yang baik, cuma cuba beri lebih perhatian yang anda dilihat di televisyen" - Mark Adam
Baby Shima - Makhluk Tuhan Paling Seksi (duet bersama Zizi Kirana)
"Kamu sangat komited, dan kamu telah buat persembahan pembukaan dengan satu 'benchmark' yang baik pada minggu ini - Faizal Tahir
Sissy Iman - Drama (duet bersama Ara Johari)
"Setelah tiga miggu pertandingan ini, 'you are really there as a performer'! persembahan kamu memang ada mutu dan kreativiti" - Faizal Tahir
Wani Kayrie - Sampai Bila (duet bersama Hael Husaini)
"Satu persembahan yang bagus, cuma ada sedikit kelemahan dan kesilapan, buat lebih baik pada konsert seterusnya" - Mark Adam
Andi Bernadee -Takkan Pernah Hilang (duet bersama Indah Ruhaila)
"Walaupun penyanyi asal ada disini, kamu telah menyanyikan lagu ini dengan baik dan tersendiri, satu persembahan yang ada harmoni dan emosi yang baik" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Afieq Syazwan - Selamat Tinggal Sayang (duet bersama Haqiem Rusli)
"Satu persembahan penutupan yang baik, kamu juga mempunyai 'tone' suara yang bagus, cuma tingkatkan lagi teknik nyanyian" - Mark Adam
Tajul - Rahsia Kita (duet bersama Wany Hasrita)
"Kamu boleh menyanyi, tapi saya masih tak nampak kelainan yang ditampilkan sejak konsert minggu pertama" - Faizal Tahir
Andi Bernadee, Afieq Shazwan dan Tajul berada di tiga tangga terbawah, Andi Bernadee telah tersingkir pada konsert minggu ketiga ini.
Juara pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula
akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi, pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akn pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menerajui inovasi dalam teknologi penciptaan telefon pintar.
Vivo Nex menampilkan 'indisplay fingerprint scanning' dimana pengguna boleh mengimbas cap jari yang digunakan sebagai kata laluan hanya pada skrin tanpa sebarang butang.
Reka bentuk dan teknologi yang terdapat pada model Vivo Nex ini ternyata memberi keselesaan kepada pengguna yang mencintakan rekaan moden dan kemas.
Asraf Aided
Mon Aug 20 2018
Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Ruhainies jawab dakwaan mengenai dirinya.
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.