Bekas personaliti televisyen, Azah Aziz mencuit hati netizen apabila memuatkan gambar throwback cover majalah hiburan tempatan bersama perbandingan dengan Vogue British.

Menerusi gambar throwback itu, Azah yang pernah menjadi penghias sampul hadapan majalah Rias edisi November 1998 pernah disolek ala-ala Rihanna untuk Vogue September 2018.

"Before Rihanna did skinny eyebrow, kita dah dulu-dulu dah buat pun. Yeahh..

"Bring back the skinny one but only for people yang kenalah dengan muka dan penampilan.

"Muka kita ok kut sebab dah biasa. Macam Riri tak?" tulis Azah menerusi Instagramnya.

Dalam pada itu, Azah yang kini menetap di Montreal bersama keluarganya mencabar peminatnya untuk memuat naik foto dengan solekan sedemikian.

"Siapa berani buat kening halus? Take a challenge and post it on IG new or old pic and tag me.

"Kening halus akan jadi trend balik," tulisnya.

Perkongsian Azah itu mendapat reaksi positif netizen dan menyifatkan gaya itu sebagai trendsetter.

"You memang trendsetter and a fashion chameleon in. Sebab tu la I fan you sampai sekarang," tulis @azman_ramlie.

"Bukan macam Riri kak, tapi macam Aishwarya Rai laa kak," tambah @imranrazz.