Pelakon Ummi Nazeera akui bimbang selepas saiz perutnya yang kini hamil lapan bulan dipersoal ramai.
Ummi memberitahu dia terus merujuk suaminya, Izzar Anwari tengtang pelbagai reaksi daripada orang sekeliling yang melihat perutnya.
“That face (straight face) you make when people say.. " eh u dah 8 bulan lebih .. kecil eh perut .Ataupun .. eh you dah 8 bulan lebih besar eh perut you ".
“Maka ibu mengandung pun.. balik rumah... tanya suami ... "betul ke apa org tu cakap . Risau pula". Haaaaa .. Ada sesiapa pernah mengalami ? Apa perasaan you?,” luahnya
Kebimbangan itu dikongsinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Ummi mendapat pelbagai respon daripada pengikutnya yang turut mengalami situasi yang sama dengannya.
Mengenai perkembangan lain, Ummi bakal muncul dalam filem terbaharu Gol & Gincu 2 pada Oktober ini.
Ummi dan Izzar bernikah pada 23 Julai 2015.
Foto: IG Ummi Nazeera