Penyanyi terkenal, Fauziah Latiff berkongsi berita terkini mengenai keadaan jemaah haji yang berdepan situasi mencemaskan apabila Makkah dilanda angin ribut.

Merujuk pada status di Instagramnya, @fauziahlatiff hari ini, dia turut mendoakan agar semua jemaah haji berada dalam keadaan selamat dan diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan di sana.

Menerusi foto yang dikongsinya di media sosial itu menunjukkan kain penutup Kaabah yang dipanggil kiswah terselak akibat tiupan angin ribut yang kuat.

Malah, dalam satu video yang dikongsi penyanyi itu juga menunjukkan jemaah haji di sana berlari untuk menyelamatkan diri daripada keadaan ribu itu.

Situasi tersebut agak menakutkan kerana jutaan jemaah haji kini berada di sana untuk menunaikan ibadah haji.

Daripada laporan media antarabangsa menyatakan Makkah diramal akan mengalami ribut petir dan angin kencang.

Teks oleh: Elrafaei Sapi