Berita baik buat peminat aktor popular, Datuk Rosyam Nor kerana pelakon itu menawarkan percutian ke tempat sejuk secara percuma.

Jelasnya, percutian ke lokasi tersebut mempunyai tahap kesejukkan sehingga -10 darjah celcius.

Menariknya, Rosyam hanya berbaju T dan bertopi dengan selamba masuk ke tempat sejuk itu yang rupanya bukanlah di luar negara tapi adalah tempat penyimpanan barang jualan untuk pasarayanya.

Ujarnya, beliau menyimpan ayam di tempat tersebut untuk memastikan kualitinya sentiasa segar untuk pengguna.

"Di sini saya simpan semua barang-barang yang sejuk termasuk kambing. Kalau siapa-siapa yang tiada bajet nak pergi melancong, boleh datang ke tempat saya melancong secara percuma," katanya menerusi Instagramnya, @iamrosyam hari ini.

Assalamualaikum n selamat pagi. Cari stok untuk raya dan korang nak bercuti ngan aku? Jom....

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on


Dalam status itu, Rosyam juga memuat naik video yang menunjukkan beliau meninjau lokasi penyimpanan bahan sejuk beku jualannya.

"Cari stok untuk raya dan korang nak bercuti ngan aku? Jom....," katanya.

Akuinya, beliau sendiri tidak tahan dengan tahap kesejukkan di situ meskipun seminit.

Nyata, jenaka Rosyam itu membuatkan netizen di media sosial terhibur.

Teks oleh: Elrafaei Sapi