Temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia, dibuka secara rasminya malam tadi.

Upacara yang berlangsung dengan gemilang itu dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Stadium utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

"Saya, dengan ini mengumumkan Sukan Asia ke-18 pada tahun 2018, dibuka secara rasmi," ucap Joko di hadapan penonton seramai 50,000 orang yang memenuhi stadium.

Temasya pada tahun ini menyaksikan seramai 13,000 atlet bertanding dalam 40 jenis sukan dan 67 acara, mengambil bahagian.

Sempena upacara pembukaan Sukan Asia ke-18, kami senaraikan perkara-perkara menarik yang berlangsung malam tadi.

1. Presiden Indonesia, Joko Widodo memulakan gimik pelancaran dengan menaiki superbike ke stadium. Ala-ala Mission Impossible gitu!



2. Set gah gunung berapi dan air terjun di tengah-tengah stadium membuatkan ramai terkesima.



3. Penyanyi terkenal Indonesia, Via Vallen menyanyikan lagu tema Meraih Bintang sebelum upacara menaikkan bendera tuan rumah.

5. Paskibra membawa bendera tuan rumah. Kumpulan itu merangkumi 70 orang membentuk formasi khas tarikh kemerdekaan Indonesia, 17 Ogos 1945.



6. Tarian bertemakan pembentukan Indonesia turut mencuri perhatian.

7. Kemunculan penyanyi Putri Ayu dan Rini Wulandari mengiringi persembahan tarian itu.



8. Perarakan kontinjen Malaysia diketuai oleh Shakila Salni Jefry Krishnan dengan membawa Jalur Gemilang.



9. Seramai 115 atlet dan pegawai mewakili Malaysia ke temasya sukan itu.

10. Legenda badminton Indonesia, Susi Susanti menyalakan obor Sukan Asia ke-18 pada replika gunung berapi sebelum persembahan bunga api.