"Allah Sayang Padamu" - Penyanyi 90-an Azreen Manan Meninggal Dunia

Hiburan

Penyanyi era 90-an, Azreen Manan, 41, telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Datin Seri Umie Aida menerusi Instagramnya sebentar tadi.

"Allah sayang pada mu Azreen, tenanglah mu di sana. Al-fatihah," tulis Umie.

Selain Umie, pelakon Erra Fazira turut menitipkan coretan terakhirnya buat arwah Azreen.
 
 

Innalillahiwainnailaihirojiun... adinda kesayangan ramai Azreen Manan telah kembali menemui Sang Pencipta.. . . Maaf adikku.. tak sempat kakak menziarah mu disaat2 terakhir hayat mu.. 😥 . . Ya Allah, ampunilah segala dosa2 adinda Azreen selama hayatnya ada.. moga Kau tempatkan beliau di kalangan hambaMu yg soleh dan solehah.. Perginya adinda Azreen sangat di rasai.. adik yg ramah, manja dan dsyangi ramai.. damailah dikau dsana wahai adik.. segala kenangan manis akan akak simpan hingga ke akhir hayat..😥 Hilang sudah penderitaan yg Erin tanggungi di dunia yg sementara ini.. kini kau di tempat yg abadi menemui Yang Maha Esa.. Moga dsana segalanya indah dan jauhhhh lebih mendamaikan adikku.. 😥😥 . . Dengan Lafaz Bismillah.. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah buat almarhumah Azreen Manan .. . ALFATIHAH.. . .

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Sebelum ini Azreen dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IJN) di Putrajaya akibat kanser serviks berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung pada ubat penahan sakit.

Azreen disahkan menghidap kanser serviks tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Selain itu, Azreen berhadapan masalah komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat.



Azreen dikenali sebagai penyanyi pada usia 12 tahun apabila tampil dengan album sulung pada 1989.

Dia juga pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992. Ketika itu Krisdayanti dinobatkan sebagai juara.

Pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

Ketika itu Azreen baru berusia 16 tahun.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang anak yang kini berusia 24 dan 21 tahun.


Foto: Utusan Online, @errafazira, @umieaida9

Artikel Berkaitan