Bagaimana gamaknya perasaan peminat apabila burger yang dipesan menerusi telefon pintar dihantar sendiri oleh pelakon kacak, Fattah Amin.

Ia bukan lakonan dalam drama atau filem tapi realiti yang dilakukan sendiri Fattah dalam satu misi khas bersama Nur Fazura.

Jelasnya, dia bersama rakan artisnya itu akan menyertai misi berkenaan bersama restoran makanan segera popular, McDonalds pada September depan.

"So, tunggu apa lagi tu? Order lah McD, abang hantar dengan penuh kasih sayang sampai depan pintu rumah nanti!," katanya menerusi akaun Instagramnya, @fattahaminz hari ini.

Hey guys, korang dah tau kan saya dan Fazura ada mission khas untuk deliver McD bulan September nanti? So, tunggu apa lagi tu? Order lah McD, abang hantar dengan penuh kasih sayang sampai depan pintu rumah nanti! #FattzuraHantarMcD #WeDeliverMcd @mcdonaldsmalaysia

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Status pelakon itu menarik perhatian ramai netizen yang teruja untuk membuat pesanan sambil berharap kru penghantar itu adalah Fattah sendiri.

"jommm kte order," kata @zyrakariem.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fattahaminz