Buang Persepsi Negatif Sekolah Tahfiz, RizQ Islamic School Ajar Pelajar Tahfiz Lebih Seronok

Hiburan
Buang Persepsi Negatif Sekolah Tahfiz, RizQ Islamic School Ajar Pelajar Tahfiz Lebih Seronok
Persepsi ramai terhadap sekolah tahfiz yang serba daif dan kekurangan termasuk mempunyai masalah disiplin antara pelajar dan guru, berbeza apabila melangkah masuk ke sekolah tahfiz persendirian, RizQ Islamic School.
 
Pengetuanya, Nur Azura Mhd Iskandar berkata, sekolah ini mahu membuang mentaliti orang ramai terhadap sekolah tahfiz sebagai kelas kedua.
 
"Kami cuba mewujudkan jenama lain untuk menaikkan taraf sekolah tahfiz itu dengan memperkenalkan konsep premium iaitu yuran tidak terlalu mahal atau murah. Insha Allah golongan pertengahan mampu masuk ke sekolah ini," katanya kepada Astro Gempak.
 
Menariknya, sekolah yang baru beroperasi sejak tahun lalu menerapkan 3 teras utama  dalam pembelajaran iaitu 'IT Savvy' yang membantu sekolah dari sudut teknologi maklumat (IT), iBooks, iPad dan animasi.
 
"Kedua, konsep 'play based'. Di sekolah ini, perkataan pertama untuk cikgu menguruskan kelas adalah 'fun'.
 
"Jika tiada keseronokkan bermakna sesuatu tidak kena pada pembelanjaran dalam kelas itu atau di sekolah.
 
"Niat utama sekolah ini adalah mahu pelajar gembira. Kedatangan pelajar sehingga kini memuaskan kerana kami mengikut konsep pembelajaran dari Finland iaitu kerja rumah dan peperiksaan dikurangkan," katanya.
 
Akuinya, pelajar sekolah ini mahu datang ke sekolah sebab gembira dan ini sebenarnya lebih mudah pembelajaran berlaku.
 
"Ketiga adalah tahfiz iaitu bukan sekadar menghafal tapi boleh tahu tajwid tapi ini memerlukan masa dan bergantung pada kemampuan anak-anak.
 
Sebagai satu kelebihan, sekolah ini juga menerapkan pembelajaran secara virtual untuk pelajar belajar di rumah atau dimana saja serta menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai media komunikasi utama di sekolah.
 
"Pembelajaran di sekolah tahfiz lain sebenarnya ada cuma persekitaraan kurang kondusif. Mungkin kita boleh jadikan RizQ Islamic School sebagai tempat untuk mereka datang belajar dan kami bersedia untuk kongsi pengalaman dan konsep pembelajaran dengan mereka," mereka," katanya.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Facebook - RIS - RizQ Islamic School
 

Artikel Berkaitan