Sering kita mendengar mengenai PASKAL, namun adakah anda tahu maksud sebenarnya perkataan tersebut?

PASKAL bermaksud Pasukan Khas Laut dan ia merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia.

Bukan mudah mahu menjadi anggota elit PASKAL kerana dalam beratus individu yang memohon, mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan.

Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit nombor satu di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PASKAL menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

PASKAL turut berkebolehan dalam serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi di kapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api di darat mahupun di perairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.

Lebih 30 pelantar petroleum di perairan Malaysia adalah di bawah kawalan dan seliaan PASKAL.

Anggota PASKAL diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota.

Antara ujian yg dijalankan ialah:

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit

2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)

3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit

4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.

5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.

6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.

7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

Kalau sanggup untuk menjalani kesemua ujian ini, anda boleh teruskan cita-cita untuk menyertai PASKAL!

PASKAL merupakan antara kumpulan yang terbaik di dunia.

Untuk menjadi lebih hebat, selepas mendapat latihan daripada Indonesia, PASKAL telah dihantar untuk belajar dengan US NAVY Seals dan juga Royal Marine Commando.

Hubungan PASKAL dan Navy Seals tidak berhenti di situ saja, setiap tahun PASKAL akan menghantar pegawai junior ke luar negara untuk berlatih dengan Navy SEALS.

Peralatan tempur PASKAL boleh tahan hebat. Malah setanding dengan pasukan elit negara lain.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, dalam sesetengah perkara Paskal TLDM lebih maju berbanding pasukan elit negara-negara lain termasuk negara jiran.

Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air.

Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV – Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain.

Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan.

Antara misi yang berjaya dilakukan oleh PASKAL ialah merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel pada 20 Januari 2011 daripada lanun Somalia di Teluk Aden.

Apa yang lebih membanggakan kapal itu berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika di Timur Oman.

Filem yang menampilkan kisah anggota PASKAL bakal menemui anda tidak lama lagi!

Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi, jangan lupa saksikan PASKAL pada 27 September ini di pawagam berdekatan anda!