Serik Diduakan, Khloe Kardashian Kawal Pasangan!

Hiburan
Serik Diduakan, Khloe Kardashian Kawal Pasangan!
Personaliti terkenal Hollywood, Khloe Kardashian akui serik dengan perbuatan pasangannya, Tristan Thompson yang pernah berlaku curang terhadap dirinya.

Khloe telah memaafkan Tristan dan cuba mencari jalan untuk mengelak perkara sebegitu berlaku lagi.

"Khloe cuba mengurangkan tekanan dalam hubungan mereka dan cuba membuat perkara-perkara yang menyeronokkan bersama Tristan.

"Dia percaya cara itu dapat mengelak Tristan dari berlaku curang kepadanya buat kali kedua," kata sumber.

Namun begitu, pasangan ini masih belum bersedia untuk berkahwin dan masih belum memberitahu sebarang perancangan mengenainya kepada keluarga dan rakan terdekat.

Sumber : hollywoodlife.com

Artikel Berkaitan