Peminat setia pelakon yang pernah popular sekitar tahun 1990-an, Sharifah Haslinda tersentuh membaca coretan hidupnya di Instagram.

Tulis Haslinda, 46, dia malu untuk bercerita tentang hidupnya dan kini memilih untuk bersendirian atas alasan tertentu.

"Selama 46 tahun saya di dunia ini sekarang baru saya faham, kenapa saya diuji dengan pelbagai masalah.

"Tuhan sayang saya, malu saya nak cerita dengan lebih terperinci.

"Dia bagi saya satu Jiwa yang sangat halus, so jadilah sensitif tak tentu pasal.

"I choose to be alone, untuk saya mendalami apa itu taqwa, apa itu kasih sayang yang sejati.

"Seperti apa yang Rasullullah s.a.w nak sampaikan, kasih sayang sesama insan walaupun tiada ikatan perkahwinan dan sebagainya," katanya.

Assalammualaikum ??? Selama 46 tahun saya di Alam dunia ini.... sekarang Baru saya faham, kenapa saya Di uji dgn pelbagai masalah... Tuhan sayang saya, utk kenal Dia dgn lebih dekat? Alhamdulillah, malu saya Nak cerita dgn lebih terperinci ? Dia bagi saya satu Jiwa yg sangat halus, so jadi lah sensitif tak tentu pasal haha.... saya suka pada pendamaian (kedamaian), walaupun saya nampak kasar. Dalam bulan #dzulhijjah ni saya Nak minta maaf pada semua, kesilapan yg nampak atau secara tak sedar? banyak banyak kan lah muhasabah diri supaya kita boleh nampak diri kita yg benar dan betulkan diri kita sendiri #allahakantolong I choose to be alone, utk saya mendalami apa itu Taqwa, apa itu kasih sayang yg pure, seperti apa yg #rasullullahsaw Nak sampaikan.... kasih sayang sesama insan walaupun tiada ikatan perkahwinan dan sebagainya... #silaturahimyangtulus #jiwayanghalus #ikhlasyangbenar - tiada siapa yang akan menolong kita, kecuali diri kita sendiri ???#gowiththeflowkeranaallah #selamatberkorban #islamisthewayoflife #nouturn

A post shared by لينن الخيرد??? (@lynn_alkhaired) on


Haslinda turut memohon maaf kepada peminatnya dan mengajak bersama-sama muhasabah diri sempena kedatangan bulan Zulhijjah.

"Dalam bulan Zulhijjah ini saya nak minta maaf pada semua, kesilapan yang nampak atau secara tak sedar.

"Banyak-banyakkanlah muhasabah diri supaya kita boleh nampak diri kita yang benar dan betulkan diri kita sendiri," tambahnya bersama hashtag #nouturn.

Coretan itu mengundang simpati peminat yang turut berkongsi pengalaman peribadi dan nasihat kepada pelakon yang pernah popular dengan filem Femina itu.