Busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan oleh biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma bakal diberikan nafaz baru semula.

Menurut Anak saudara kepada biduanita negara, Siti Haslinda Abdul Hamid, berkata, bagi mempopularkan semula busana itu, dia ingin membuat rekaan berdasarkan ciri fesyen tersebut dengan sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan generasi masa kini.

"Allahyarham Saloma (ibu saudara) menjadi insiprasi saya dan dia sangat meminati fesyen dan salah satu busana pilihannya adalah baju bodo yang merupakan pakaian tradisional Bugis.

"Baju bodo ini menggunakan kain yang jarang selain bahagian hujung kain perlu dipegang si pemakai dan saya perlu mengubahnya ikut kesesuaian fesyen masa kini," katanya.

Siti Haslinda ialah anak seniwati legenda Allahyarham Mariam Ismail yang lebih dikenali Mariani, iaitu kakak Saloma atau nama sebenarnya Salmah.

Shasha berkata ketika ini dia perlu melalui beberapa peringkat pengubahsuaian agar ia mudah di pakai dan kemas sebelum boleh memasarkan di pasaran tempatan.

Sumber: Astro Awani