Festival Toyota Gazoo Racing musim kedua telah melabuhkan tirainya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terangganu pada 3 & 4 Ogos lalu.

Antara yang mencuri tumpuan tentulah perlumbaan sengit dalam kalangan selebriti yang terbabit untuk kategori promotional.

Pada pusingan pertama musim kedua Festival Toyota Gazoo Racing itu, buat pertama kalinya, Diana Danielle dinobatkan sebagai juara kelas promotional apabila berjaya meninggalkan Akim Ahmad tipis 2.4 saat.

Janna Nick pula menduduki tempat ketiga diikuti Akio Takeyama dan Wany Hasrita.

Sementara itu, empat selebriti lain Khai Bahar, Nabila Razali, Nabil Ahmad tidak berjaya menamatkan perlumbaan terbabit.

Bagaimanapun, aksi Nabil sebelum itu cukup memberangsangkan apabila menduduki posisi kedua sebelum kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar dinding pada pusingan ke-17.

Pada perlumbaan pusingan kedua pula, Akim Ahmad menduduki posisi pertama dengan menyelesaikan 22 pusingan dalam masa 30 minit 15 saat. Manakala, Aiman Tino dan Nabil Ahmad pula menduduki tempat kedua dan ketiga dengan prestasi yang menakjubkan juga.

Sama seperti musim sebelumnya, semua pelumba menggunakan Toyota Vios yang dibahagikan tiga kategori membabitkan Sporting (pelumba semi-profesional), Super Sporting (profesional) dan Promotional (selebriti).

Selain itu, acara Toyota Gazoo Racing turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, kemunculan maskot Didi & Friends, sesi autograf dan persembahan artis.

Toyota Gazoo Racing seterusnya akan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 19 hingga 21 Oktober nanti. Anda juga berpeluang memenagi akses eksklusif ke zon VIP dan bergaul dengan pelumba selebriti-selebriti seperti pemenang di video bawah ini. Jom saksikan pengalaman yang menarik pemenang dengan kawannya.



Maklumat lanjut di www.toyota.com.my/tgrmalaysia