"Saya Diberi Kebasan Untuk Mencarut Dalam Lakonan, Tapi ....." - Zahiril Adzim

Hiburan

Pelakon Zahiril Adzim mengakui diberi kebebasan untuk menggunakan bahasa kasar dan mencarut dalam lakonan terbaharunya iaitu KL Gangster Underworld.

Menurut Zahiril, dia berasa puas apabila diberi kelonggaran untuk menghidupkan watak dengan gaya tersendiri tanpa mempunyai masalah penggunaan bahasa sebagai seorang ahli kumpulan gengster.

"Saya boleh katakan puas melakonkan watak dalam drama ini kerana pihak Iflix memberi keizinan untuk menggunakan bahasa kasar dan mencarut dalam menghidupkan watak yang diberi.

"Walaupun diberi kebasan untuk mencarut dalam lakonan tapi saya harus juga menjaga batasnya supaya tidak keterlaluan.

"Ini adalah satu kelainan watak yang dibawakan oleh saya kerana sebelum ini bahasa tersebut jarang digunakan dalam drama tempatan," katanya kepada  Gempak.

Zahiril berkata demkian ketika ditemui pada majlis tayangan drama bersiri KL Gangster Underworld di Suzie Wong, Kuala Lumpur, pada Rabu.

KL Gangster Underworld akan bersiaran di platform penstriman video-atas-permintaan (VOD), iflix.

Selain Zahiril, drama itu dibintangi pelakon handalan seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Fadlan Hazim dan Hasnul Rahmat.

Artikel Berkaitan