Pengarah filem terkenal dan berpengalaman, Joko Anwar mempunyai prinsip dalam menghasilkan filem arahannya sehingga diterima khalayak bukan saja di negaranya, Indonesia tetapi di peringkat antarabangsa sehingga menyertai pelbagai festival filem di seluruh dunia.

Baginya, pengertian merdeka turut memberi makna besar pada dirinya sebagai pembikin filem.

"Kemerdekaan buat saya adalah membuat filem dengan jujur tentang masyarakat tempat saya tinggal," katanya yang dipetik daripada Instagramnya, @jokoanwar, hari ini.

Joko sebelum ini cukup popular dengan filem karyanya iaitu Arisan! pada tahun 2003 yang meraih pengiktirafan anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Indonesia (2004) dan juga MTV Indonesia Movie Awards pada tahun sama.

Paling mendapat perhatian adalah filem pertama arahannya berjudul Janji Joni (2005) yang berpeluang menyertai festival filem di luar negara di Sydney dan Pusan.

Sutradara berusia 42 tahun ini juga pernah menjadi fasilitator bengkel skrip masterclass di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama penggiat seni filem di sini.

Salah satu arti merdeka buat gue adalah bebas bikin film yang gue mau. Selain film, bebas makan gratis juga termasuk merdeka sih :) Makanya download atau update aplikasi BBM @bbm_idn dan ikutan main trivia #MerdekaBuatMakan yang ada di menu Discover. #MerdekanyaGue #BebasinBebanmu #MerdekaBuatMakan

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar) on


Dalam menghasilkan karya yang memberi kepuasan pada diri sendiri dan penonton, dia menegaskan faktor jujur dalam berkarya adalah sangat penting.

"Dulu saya pernah tergoda membuat filem untuk wang tapi kemudian saya percaya berkarya dengan jujur akan dapat menyumbang sesuatu untuk menjadikan Indonesia kepada masyarakat dan negara yang lebih baik.

"Jika berkarya dengan baik akan mendekatkan nama baik negara di negara manapun kerana ia boleh diterima penonton masyarakat dunia," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @@jokoanwar