Bintang rancangan realiti Big Stage, Sarah Suhairi, 18, mengakui tidak berpuas hati dengan persembahan yang telah dilakukan di konsert minggu kedua pada Ahad lalu.

Menurut Sarah, masih ada kekurangan dengan persembahannya cuma penonton yang tidak perasan.

"Saya tidak berpuas hati dengan persembahan sendiri. Saya merasakan masih ada kekurangan dengan persembahan minggu kedua cuma mungkin penonton yang tidak perasan tentang itu.

"Banyak perkara yang masih perlu saya pelajari dan perbaiki dengan guru vokal, Ernie Zakrie kerana dia lebih arif dan pakar tentang hal sebegini," katanya kepada Gempak.

Sarah atau nama sebenarnya Sarah Suhairi berkata, walaupun komen yang diberikan oleh juri sangat positif, saya tidak boleh merasa terlampau selesa dengan persembahan sendiri.

Ketika berlangsung konsert kedua Big Stage, juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir telah memberi komen yang baik dan markah yang tinggi terhadap persembahan Sarah pada malam terbabit

Selain Siti dan Faizal, Tomok juga memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu kedua tersebut.

Pada konsert ketiga Big Stage Ahad ini, Sarah akan mempersembahkan lagu You Are The Reason (duet Ismail Izzani).

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 9 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Sarah, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!