Tiada larangan dalam penggunaan terma 'Merdeka' bagi merujuk kepada sambutan Hari Kebangsaan.

Ia disahkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata orang ramai boleh menggunakan terma Hari Kemerdekaan, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk mengadakan program atau acara berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kenyataan itu berkata KKMM, selaku Urus Setia Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, juga menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan semangat patriotisme dan menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang 2018.

Hari Kebangsaan akan disambut pada 31 Ogos di Putrajaya, manakala Hari Malaysia akan disambut pada 16 September.

Sumber: Bernama