Segelintir netizen di media sosial tersalah tafsir menerusi satu posting di media sosial apabila beranggapan pelawak, Tauke Jambu sudah meninggal dunia.
Berita artis meninggal dunia bukanlah perkara baru yang berlaku dalam industri hiburan tempatan sebelum ini kerana sudah ramai artis yang menjadi mangsa berita tidak benar ini.
Kali ini giliran Tauke pula yang disalah erti sehingga menarik perhatian ramai netizen lain untuk memberikan komen pada status yang dimuat naik rakan artis, Achey di Instagramnya, @acheykintangkintung.
Dalam status itu, Achey memuat naik gambar dia seolah mengadakan panggilan video dengan Tauke bersama kapsyen, senyuman yang penuh kerinduan.
Segelintir netizen terbabit mungkin tidak perasan gambar itu turut menunjukkan Achey berada di kubur rakan mereka, Pak Yus.
Bagaimanapun, ramai juga peminat yang memberikan komen merindui lakonan Pak Yus dan bersedekah alfatihah untuk arwah.
"Terasa macam arwah masih ade.. Al fatihah utk beliau.. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.. aaminn," kata @miss_whatever88.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @yus_jambu76 & @acheykintangkintung
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.