Penyanyi popular Indonesia, Anggun bakal berkahwin sekali lagi sebelum majlis pembukaan acara Asian Games 2018.

Majlis itu direncanakan berlangsung pada hari ini di Bali, Indonesia.

Anggun dan pasangannya, Christian Kretschmar dilaporkan sudah berada di pulau itu sejak empat hari lalu untuk melakukan persiapan sempena hari bahagia mereka.

"Majlis itu mungkin bakal berlangsung pada petang atau malam ini," dedah kenalan rapat penyanyi itu.

Majlis pembukaan Asian Games 2018 pula akan berlangsung pada Sabtu ini di Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia dan Anggun dijangka mengadakan persembahan pada majlis tersebut.

Sumber: Detik