Pelakon Aliff Aziz telah digugurkan namanya daripada membintangi drama yang diadaptasi dari novel berjudul Biar Jadi Kaktus.

Menurut penerbitnya, Saide Yaakub, dia seorang yang amat mementingkan disiplin sama ada individu itu adalah krew mahupun selebriti terkenal.

"Pada asalnya, dia (Aliff) dah bersetuju untuk berlakon dan cek untuk pembayaran juga sudah dikeluarkan tapi dia tidak dapat ambil. Bila minta dia datang, dia beri pelbagai alasan.

"Orang meniaga (penerbit) tak bolehlah nak tunggu, kita pun nak untung. Kalau asyik nak tunggu macam mana nak mulakan penggambaran," jelasnya.

Saide Yaakub berkata, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari dan menyelamatkan keadaan, nama dia telah digugurkan dan digantikan dengan pelakon baharu yang sedang meningkat naik iaitu Atoi Tohet.

Sebelum ini, Aliff juga gagal menghadirkan diri ketika sesi pelancaran drama berkenaan yang dibuat pada 31 Julai lalu.

Pelakon yang turut menjayakan drama tersebut adalah Uqasha Senrose, Zila Bakarin, Aman Graseka, Sahronizam, Atoi Tohet dan ramai lagi.

Sumber: Sinar Harian