Pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memberi respon mengenai video yang dikongsikan oleh pelawak Tauke Jambu baru-baru ini.

Menerusi entri di akaun Instagram (IG), PU Amin mengakui tersentuh dan mengingatkan supaya orang ramai mengambil positif mengenai perkara yang dikongsikan oleh pelawak itu.

"Lihatlah pada apa yang dikatakan, jangan lihat siapa yang berkata.

"Aku tersentuh. Kita selalu melihat ibadah pada skala yang besar, tapi amalan kecil kecil kita sia-siakan.

"Terima kasih kerana mengingatkan @taukejambu," tulisnya.

Lihatlah pada apa yang dikatakan , jangan lihat siapa yang berkata . Aku tersentuh . Kita selalu melihat ibadah pada skala yang besar , tapi amalan kecil kecil kita sia siakan . Terima kasih kerana mengingatkan @taukejambu

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh PU Amin dan berharap agar orang ramai dapat mengambil pengajaran dengan nasihat yang dikongsi oleh Tauke.

Sebelum ini menerusi video yang dikongsikan oleh Tauke, dia mengingatkan orang ramai yang tidak berkesempatan melakukan ibadah qurban pada tahun ini supaya sentiasa memperbaiki diri daripada sikap yang negatif.