Pelakon Betty Banafe, 39, mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Haji semalam.
Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
“Saya mohon dimaafkan segala kesalahan baik berupa tulisan, kata dan perbuatan melukai atau menyinggung perasaan
“Demikian juga jika saya ada hutang atau janji yang belum saya penuhi, mohon untuk maklumkan segera kepada saya agar selama mengerjakan haji saya benar-benar dalam kondisi bersih dan merdeka,” tulisnya.
Menerusi status sama, Betty berharap ibadah rukun Islam kelima itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Mohon doa tulus supaya saya dapat melaksanakan haji sesuai sunnah Rasulullah SAW, diberikan kesabaran dan kemudahan hingga mendapatkan haji mabrur serta pulang dengan selamat,” katanya.
Sementara itu, dari perkongsian di IG Story pelakon Datin Seri Umie Aida memberitahu rakannya yang juga pelakon, Zahida Rafik turut berangkat sama mengerjakan ibadah haji.
Foto: IG Betty Banafe/ Umie Aida
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat