Kilafairy Cantik Seperti Beyonce, Padu!

Hiburan
Kilafairy Cantik Seperti Beyonce, Padu!
Selebriti jelita, Kilafairy sentiasa menjadi perhatian netizen dari aspek penampilan diri mahupun gambar yang dikongsi menerusi media sosial.
 
Terbaru, pelakon itu memuat naik beberapa foto di Instagramnya, @kilafairyofficial ketika bercuti di Maldives.
 
Apa yang menarik perhatian netizen untuk memberi komen kerana pakaian yang digayakannya agak seksi sehingga menampakkan separuh dadanya.
 
Ramai netizen juga memuji kecantikan selebriti itu yang kelihatan tambah menggoda ketika mengambil gambar di tepi pantai.
 

Netizen dikenali sebagai @ayu_azyze memberi komen gaya Kilafairy itu seperti penyanyi antarabangsa Beyonce.
 
Bukan saja nama Beyonce dipetik netizen, ada juga yang menyamakan artis tempatan itu dengan penyanyi popular, Jennifer Lopez (JLo).
 
Ada juga netizen memberikan komen yang sama iaitu 'padu' merujuk pada bentuk tubuh badan artis itu.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @beyonce & @kilafairyofficial
 

Artikel Berkaitan