Pelawak dan pelakon komedi terkenal, Saiful Apek menempelak sikap seorang individu yang menyindirnya di media sosial.

Dalam satu status yang dimuat naik di Instagramnya, @saifulapek meminta komen netizen terhadap satu komen individu yang memberikan komen kurang ajar apabila selebriti itu bersedih kerana kucing mati.

"Cantik pasu pada bunganya. Cantik Bangsa pada Bahasanya. Indah ISLAM pada Imannya." • sometimes.. it's not about the word, but it's how u say it," katanya.

apa komen anda? harap komen dgn bahasa sihat & rasional. "Cantik pasu pada bunganya. Cantik Bangsa pada Bahasanya. Indah ISLAM pada Imannya." • sometimes.. it's not about the word, but it's how u say it.

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on


Nyata, status Apek itu menarik perhatian netizen yang menasihati pelakon itu agar bersabar daripada komen individu sedemikian.

"Kucing tu kesayangan nabi.. Agknya org yg komen tu x de otak kot.. Blh nmpk yg dia bkn lah seorang yg penyayang dan mungkin tiada hati dan perasaan.. Sy sndri dh brpuluh kali kehilangan kucing, tak pernah tak menangis.. Sbb kita dh anggp kucing tu sbhgian dri kluarga kita sndri.. Sakit nya rsa bla kehilangan sesuatu yg kita syg, Tuhan je yg tau..," kata @noorliana93.

Segelintir netizen juga bersimpati dengan kehilangan kucing tersebut.

"Hanya pencinta haiwan saje tau apa rasanya sakit tu bila haiwan peliharaan yg sll ada ngan kita pergi selamanya... saya dpt merasai apa yg @saifulapek rasa.... krn saya juga pernah mengalaminya...," kata @lesung_mama.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @saifulapek