Bapa kepada seorang penyanyi terkenal tidak menyangka menjadi mangsa scam iaitu penipuan oleh rakannya sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak setengah juta ringgit.

Menurut penyanyi terkenal itu yang enggan mendedahkan identitinya, bapanya mula memberikan sejumlah wang yang besar untuk menyertai satu skim pelaburan antarabangsa yang sebelum ini menjanjikan pulangan lumayan.

Bagaimanapun, mangsa yang mengenali rakannya itu kemudian terkejut apabila menyedari dia ditipu.

"Dia kenal lelaki itu menerusi kawannya sehingga terpedaya untuk melabur," katanya kepada Astro Gempak.

Meskipun menyedari duit pelaburannya lesap begitu saja dalam pelaburan popular di seluruh dunia itu, penyanyi itu berharap kisah bapanya dapat dijadikan pengajaran pada orang lain agar lebih berhati-hati ketika melabur.

Katanya, penipuan boleh berlaku di mana saja tanpa mengira kawan sambil menasihati orang lain agar lebih faham dan menyiasat secara mendalam sebarang bentuk pelaburan khususnya luar negara sebelum bersetuju untuk turut serta.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Getty Images