Penceramah agama dan juga pensyarah motivasi antarabangsa, Yasmin Mogahed bakal hadir ke negara ini buat kali ketiga untuk berkongsi pengalaman dengan orang ramai mengenai pengisian rohani dan kehidupan.

Kali ini, dia muncul dalam program jelajah, Yasmin Mogahed Malaysia Tour 2018 yang dianjurkan AlMaghrib Institute bersama DOPStv.

Yasmin yang merupakan seorang pengarang tersohor dari Amerika Syarikat yang juga penulis jemputan Huffington Post sering mendapat perhatian ramai menerusi program ceramahnya.

Menariknya, buku tulisannya berjudul 'Reclaim Your Heart' yang diterbitkan pada tahun 2012 dan 'Love & Happiness' (2017) berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Bagi program terbarunya kali ini berjudul 'Rising High: Breaking Free from Chains That Bind Us' akan diadakan di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada 24 Ogos ini jam 8 malam.

Keesokkan harinya (25 Ogos), dia akan mengadakan sesi terbuka dengan tajuk, I Lost My Way: Finding Happiness after Despair" akan berlangsung di Pusat Konvension TM, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengahari.

Program sama akan turut diadakan pada 26 Ogos di lokasi sama dengan topik 'Shattered Glass: Healing a Broken Heart'.

Pada hari keempat pula (27 Ogos), Yasmin akan berada di Tiarasan Escapes Glamping Resort, Janda Baik untuk program eksklusif mengenai pengisian rohani, kesihatan dam kecantikan yang dikhususkan buat wanita.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: wisconsinmuslimjournal.org