Pelakon Datuk Fizz Fairuz menyifatkan dirinya seorang yang senang bekerja dengan semua pengarah, namun pengalamannya bekerja di bawah pengarahan Syamsul Yusof ternyata meninggalkan seribu satu kenangan.

Menurut Fizz, beliau senang bekerja dengan Syamsul yang pernah meraih anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-57 tahun lalu.

“Saya percaya dengan kerja Syamsul dan dia merupakan seorang pengarah yang tidak akan buat kerja sambil lewa. Dekat set pun sama, selagi dia tidak berpuas hati dengan lakonan kita, dia akan minta lagi.

“Pada mulanya, memang sedikit sukar nak ikut rentak kerja dia tapi saya percaya dengan dia sebab hasil kerjanya memang tidak pernah menghampakan,” katanya.

Selepas Munafik, Fizz kini kembali dengan watak Ustaz Azman menerusi filem sequel yang ditunggu-tunggu ramai, Munafik 2 yang akan memulakan tayangannya pada 30 Ogos ini.

Sumber: Kopi Planet