Baru-baru ini, pelakon Lee Bo Young telah berkongsi berita gembira kini dia hamil anak kedua.

Sumber dari agensinya telah mengesahkan tentang berita kehamilan Lee Bo Young.

Lee Bo Young masih di peringkat awal kehamilan justeru sehingga kini masih belum tahu berapa bulan kandungannya.

Buat masa ini, Lee Bo Young ingin memberi tumpuan kepada penjagaan kandungan sahaja.

Lee Bo Young dan Ji Sung telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan telah mendapat cahaya mata perempuan selepas enam tahun berkahwin.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi