Pelakon dan pengacara, Nina Nadira akur dengan takdir yang dia masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kata Nina kepada Sinar Harian, dia meletakkan rezeki itu kepada ketentuan takdir dan tidak terlalu berharap.

"InsyaALLAH saya dan suami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menimang zuriat pertama.

"Meski sudah setahun, kalau dikurniakan kami terima," katanya kepada Sinar Harian.

Nina dan Farhan mula mengenali dan bercinta ketika masing-masing melanjutkan pengajian di Deakin University, Melbourne. Pasangan ini selamat disatukan pada akhir Julai tahun lalu.

Dalam perkembangan kerjaya, Nina bakal beraksi dalam pementasan Teater Tanah Akhirku yang bakal berlangsung pada 28 Ogos sehingga 2 September 2018.

Sumber: Sinar Harian