Pelakon Shima Anuar menjelaskan dia masih belum membuat pemeriksaan doktor berhubung khabar angin dia kini berbadan dua.

Kata Shima, dia enggan mengesahkan keadaannya selagi belum membuat pemeriksaan perubatan.

"Tunggu... tak berjumpa dengan doktor lagi. Tak tahu betul ke tak?" katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Shima menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi alat uji kehamilan (pregnancy test), semalam.

Pada masa yang sama, kurang dari 24 jam perkongsian Shima tersebut telah dipadamkan.

Shima dan suami Mohd Solih Toha, selamat diijabkabulkan pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mara perempuan, Marian Sophia.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Sinar Harian