Sejajar dengan kejayaan radio Era mencatat rekod cemerlang apabila menerima 6.8 juta pendengar setiap minggu, enam kempen baharu dilancarkan.

Enam kempen yang mendekatkan Era dengan pendengar itu adalah JoHaRa Tour, Digital Star Era, Budak Lit Era, Parodi Lit Era, 6 Baris Lagu Hit Era, dan Lirik JoHaRa.

Pengurus Kandungan Era, Dhan Andreas berkata, kempen itu dilancarkan bagi menghargai sokongan kuat pendengar Era yang selama ini tidak pernah pudar.

"Kami di Era bersyukur kerana seniasa menerima dengan sokongan yang padu daruoada pendengar menerusi apa jua kempen yang kami lakukan.

“Jadi kejayaan yang kami capai kini wajar ditujukan khas kepada peminat.

"Kami sentiasa memastikan peminat Era menjadi keutamaan. Kehendak mereka akan dijadikan asas kepada sesebuah kandungan yang kami zahirkan.

"Kami lihat kebanyakan kempen yang berjaya mendapat tempat di hati peminat adalah kempen yang mengetengahkan aspek komuniti setempat dan dekat dengan hati masyarakat umum.

"Oleh itu, kami akan terus meraikan setiap peminat Era dengan melibatkan mereka dalam kempen-kempen utama anjuran kami di masa-masa yang akan datang," katanya.

Dhan ditemui ketika sidang media yang diadakan di Talent Lounge, Damansara Perdana.

Kempen terdahulu yang menyumbang pada jumlah pendengar mereka termasuklah Budak-budak Baru Nak Up ERA, Karok Selebriti ERA, JoHaRa Wresting dan Cover Star ERA.

Teks oleh: Syafiqah Jalal