Aktres terkenal Indonesia, Raline Shah, 33, mengakui dirinya sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga namun belum sedia untuk mendedahkannya kepada sesiapa.

Raline mengakui rasa terganggu kerana sering ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Kadang-kadang saya berasa terganggu kerana ditanya soalan yang sama berulang-ulang, ramai yang tanya kenapa masih 'single' pada umur 33 tahun.

"Saya memang sudah merancang untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, tetapi masih belum bersedia untuk mendedahkannya buat masa ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Raline bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw bergandingan bersama Zizan Razak dan Shaeizy Sam yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

Teks : Asraf Aided
Sumber : www.liputan6.com