Beberapa keping gambar milik pelakon baru Scha Elinnea menjadi bualan netizen apabila cara berpakaiannya dikritik kerana terlalu seksi.

Menerusi entri di Instagram (IG), gambar yang dimuat naik oleh Scha Elinnea dikatakan terlalu seksi dan menampakkan lurah buah dadanya.

Tindakan pelakon drama Mr Grey itu mengundang reaksi kurang selesa dalam kalangan peminatnya.

Can we talk for a minute?

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on


Kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Scha dan menyifatkan ia tidak sesuai dan sedikit keterlaluan.

"@sheddah__: Payung ke ape ni? Hahahaha."

"@ezrlsya:Entahla tutupla sikit ye. Bawa sedar @schaelinnea jangan nak tayang-tayang."

"@i.niss__: Lawa, tapi kalau tutup lurah tu sikit lagi lawaa. Takpa kak slow-slow berubah okay?"



"@fxtiny: @schaelinnea ye pon kalau photoshoot jaga aurat sikit kita perempuan. Just tegur."

"@sufy.zh: Jangan la seksi sangat."


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Scha