Ahli kumpulan Puteh, Mamak, telah mendedahkan nama yang diberi kepada cahaya mata kedua selepas isterinya, Ellina Abdul Wahab bersalin pada bersalin pada awal 8 Ogos lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh Mamak atau nama sebenarnya Mohamad Ikhtiaruddin menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"Alhamdulillah syukur ya ALLAH. #adk & #kakak nyawa,amanah, rezeki. harta tak ternilai.

"Ssemoga menjadi anak Soleh dan solehah. Amin #hero #heroin #boy #girl #nyawapapamama #sepasang #irisnuradawiyah #mohamadianyusuff #anakpapamama," tulisnya.

Alhamdulillah syukur ya ALLAH.....#adk & #kakak nyawa,amanah,rezeki..harta tak ternilai...semoga menjadi anak Soleh & solehah..Amin #hero #heroin #boy #girl #nyawapapamama #sepasang #irisnuradawiyah #mohamadianyusuff #anakpapamama

A post shared by MAMAKPUTEH MAHARAJALAWAK MEGA (@mamakputeh) on


Pengumuman nama anak Mamak itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Mohamad Ian Yusuff.

Mamak dan Ellina berkahwin pada 2014 dan dikurniakan anak perempuan, Iris Nur Adawiyah, 4.

Mengenai perkembangan lain, Mamak kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi