Pelakon Saharul Ridzwan menegaskan bahawa tidak semestinya pelakon memerlukan rupa yang cantik untuk muncul di kaca televisyen.

Menurut Saharul, dia pernah membuat perubahan fizikal demi melihat sama ada drama itu berjaya atau tidak.

"Saya pernah naikkan berat badan sehingga 90 kilogram.

"Biar penonton nampak perut berlipat bukan yang berbadan sasa.

"Saya ingin melihat sama ada drama itu berjaya menarik perhatian penonton disebabkan rupa pelakon ataupun hasil pembawakan karakter itu", katanya kepada Gempak.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata dia mengharapkan penonton mendapat pengajaran daripada drama lakonannya, bukan hanya semata hiburan.


Teks: Noor Zulaikha Yusof