Pemuzik terkenal, Shah Slam berkongsi berita gembira buat peminatnya apabila bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

Dia memberitahu perkembangan terkini dirinya itu menerusi status di akaun Instagramnya, @shahslam_ hari ini.

InsyaAllah tak lama lagi.. single pertama saya bakal keluar .. ‘Alhamdulillah’... ptg ni kita dngr interview di radio Zayan.. sambil drive tu.. Di bawah ni ada frekuensi Zayan ok • 104.9 - Lembah Klang 92.8 - Johor Bharu 98.9 - Melaka 106.4 - Ipoh 91.6 - Kuantan 98.1 - Alor Setar

A post shared by Shah Slam II (@shahslam_) on


Statusnya itu menarik perhatian ramai peminat termasuk rakan artis yang tumpang bangga dengan bakat anggota kumpulan Slam itu yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pemuzik.

Ada dalam kalangan peminat seolah tidak sabar mahu mendengar suara pemuzik kacak itu menyanyi termasuk bertanyakan judul single terbaru itu nanti.

Sementara itu, Shah khabarnya akan mengerjakan haji pada tahun ini.

Merujuk pada status Pengurus Saluran radio Zayan, Wan Syahrul Amry di Instagramnya, @wansyahrulamry pemuzik itu belum pernah menunaikan umrah tetapi terus mendapat peluang mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Inilah yang dimaksudkan PanggilanNYA. Beliau belum pernah menunaikan Umrah tetapi kini terus mendapat seruan Haji. MasyaAllah Allah is the greatest planner. Tahniah dan alhamdulillah to my brother @shahslam_ anda adalah insan terpilih. Kami doakan semoga anda dikurniakan haji yang mabrur dengan izin Allah. Doakan kami untuk diseru ke Baitullah juga InshaAllah “Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan ‘umrah adalah tamu-tamu Allah, Allah memberi kepada mereka apa yang mereka minta, dan Dia mengabulkan semua do’a mereka; kemudian Dia akan mengganti semua harta yang mereka belanjakan untuknya, satu dirham menjadi sejuta dirham.” [HR. Baihaqi]

A post shared by wansyahrulamry (@wansyahrulamry) on


Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @shahslam_