Bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Sunye akan membuat kemunculan semula selepas lima tahun menyepi.

Berita mengenai kemunculan itu telah mendapat tentangan dan kecaman daripada peminat kumpulan tersebut.

Ada tanggapan dari segelintir netizen mengatakan kemunculan Sunye kali ini disebabkan dia sudah kehabisan wang.

Bahkan ada sesetengah netizen telah menghentam Sunye kerana berpendapat dia sudah berumur bahkan meragui kemampuannya sebagai seorang artis.

Menurut Koreaboo, Sunye telah menandatangani kontrak bersama syarikat pengurusan Polaris Entertainment.

Sunye dilabel sebagai punca kepada perpecahan dan masalah dalam Wonder Girls selepas dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Koreaboo