Pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari bertindak menutup ruangan komen di beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Tindakan itu ekoran kecaman yang ditulis netizen terhadap gayanya dan isteri, Scha Alyahya sepanjang berlangsungnya acara terbabit minggu lalu.
"Saya akan menutup ruangan komen di semua gambar KLFW sebab tidak bagi segelintir orang terus berseronok mengecam, menghukum dan menghina.
"Anda boleh ke platform lain. Terima kasih," tulisnya di Instastories miliknya pagi tadi.
Sebelum ini, beberapa entri milik pelakon itu mendapat kritikan netizen yang kurang selesa dengan aksi pasangan itu ketika di pentas runway.
Awal dan Scha turut berkesempatan memperagakan busana The Melium Group pada Sabtu lalu.
Pasangan itu juga hadir ke KLFW sempena memenuhi undangan pereka fesyen yang membuat pertunjukan sepanjang acara tersebut berlangsung.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @awalashaari, @schaalyahya
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita