Siapa sangka, kartun juga boleh memberikan inspirasi buat Ferris, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Kisahnya tular berniaga susu kotak di kawasan Kajang 2 selepas menonton animasi Upin & Ipin tular minggu lalu.

Selain berjaya menjual lebih 20 kotak susu, Ferris juga mendapat kejutan daripada Les' Copaque Production yang singgah memberikan sokongan moral kepadanya.

"Kisah anak saya jual air kotak pada minggu lepas telah viral dan sampai ke pengetahuan pihak Upin dan Ipin.

"Semalam mereka telah lakukan surprise visit utk beri sokongan moral. Terima kasih guys! Don't stop believing!" tulis bapa kanak-kanak itu, Syed Akramin di Twitter.

Terima kasih kerana menyokong animasi Upin & Ipin. Dapat juga Ferris jumpa Mail

A post shared by Les' Copaque Production (@lescopaque) on


Bukan sekadar memberikan kejutan, Les' Copaque turut menemukan Ferris dengan maskot karakter Mail daripada siri animasi popular itu.

Tweet yang viral itu mendapat perhatian netizen yang turut teruja untuk memberikan sokongan buat Ferris.

"Suka tengok dulu meja bulat kecil sekarang meja dah besar siap ada sign," tulis @afiqolah.

"Bagus adik ni...kecil-kecil dah pandai berniaga. Mengimbau kenangan silam saya dulu-dulu. Ikut kakak berniaga karipap di sekitar rumah flat," tambah @kalbu_manikam.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter