Penyanyi Indonesia yang popular menerusi lagu Lagi Syantik, Siti Badriah telah menerima penghargaan daripada Muzium Rekor-Dunia Indonesia (Indonesia World Record Museum).

Lagu tersebut semakin tular selepas dilancarkan dan telah meraih lebih dari 300 juta tontonan di YouTube dalam masa empat bulan.

Mengakui terharu diberi penghargaan kali pertama, penyanyi ini menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasihnya menerusi salah sebuah entri di Instagram.

"Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas berkah yang berlimpah tahun ini, semoga saya mampu terus menghasilkan karya yang dapat dinikmati oleh semua,

"Terima kasih untuk keluarga saya kerana sentiasa mendoakan, tidak dilupakan juga syarikat rakaman Nagaswara, dan semua yang terlibat selama ini," tulisnya.

Dalam entri yang sama, Siti memuat naik foto dirinya memegang sijil penghargaan yang diterima.

Siti Badriah telah mula aktif di industri hiburan Indonesia pada tahun 2012 dan semakin dikenali selepas tampil dengan single Lagi Syantik beberapa bulan lepas.

Teks : Asraf Aided
Sumber : www.liputan6.com