Selepas seminggu dimuat naik di laman YouTube, lagu baru nyanyian pelawak terkenal Zizan Razak, Kau Takkan Tahu kini sudah meraih sejuta tontonan.

Melalui laman Instagram (IG) miliknya, Zizan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton lirik videonya.

"Dengan berbesar hatinya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton lirik video Kau Takkan Tahu.

Jutaan terima kasih buat jutaan viewer untuk KAU TAKKAN TAHU. #zizanrazak #kautakkantahu

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

"Saya berasa terkejut kerana kurang dari seminggu lirik video itu telah mendapat 1 juta tontonan," katanya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak turut berharap agar peminatnya menonton muzik video yang bakal menjalani penggambaran pada minggu hadapan.

Lagu tersebut dicipta oleh Alif dan liriknya dicipta bersama oleh Alif dan Ariz.

Jangan lupa saksikan telatah Zizan dalam Jozan Show setiap Selasa, jam 10 malam di Astro Warna dan Astro Mustika HD!





Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Instagram Zizan & Youtube Rocketfuel Network