Sebelum ini, pelakon Azrel Ismail mengundang kecaman netizen di laman Twitter apabila membalas 'tweet' seorang pengguna yang memberikan komen terhadap mutu lakonannya dalam filem Pulang.

Azrel bertindak membalas tweet tersebut dan dia didakwa memperkecilkan tahap pendidikan Orang Asli serta menggelarkan peminat dengan panggilan bodoh.

Atas kejadian tersebut, Azrel, 34, mengakui dia sedang berada dalam keadaan marah ketika membalas tweet terbabit.

"Saya ingin memohon maaf sekali lagi atas kenyataan terhadap orang asli.

"Saya tiada niat langsung untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

"Saya memang dalam keadaan marah ketika itu. Maafkan saya," tulis Azrel.

Sebelum itu, rata-rata netizen telah menyuarakan pelbagai pendapat terhadap Azrel dan kebanyakannya berbentuk kecaman.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Twitter Azrel